Tuesday, November 24, 2009

Harga Emas Naik Lagi

. Tuesday, November 24, 2009
0 comments

Walaupun harga emas sekarang sudah pun tinggi, Datuk Meer Sadik Habib dari Habib Jewels menyatakan pendirian positif bahawa harga emas akan melambung lagi menjelang akhir tahun.

Beliau meramalkan bahawa harga emas akan mencapai USD1500 (RM5036) se aun. Menurut beliau lagi, kenaikan ini adalah kerana G 20 (perkumpulan ekonomi 20 negara) ingin mengekalkan tahap faedah yang rendah (untuk pinjaman domestik), menyebabkan berlakunya kerunsingan tentang kenaikan nilai inflasi dan nilai USD akan terus jatuh. Berikutan ini, emas akan menjadi satu komoditi pilihan banyak negara untuk mengekalkan nilai wang.

Wujud juga kerunsingan harga emas dunia akan terus melambung naik lebih tinggi sekiranya China menurut jejak langkah India membeli emas dari IMF. Awal bulan ini, India membeli 200 tan emas pada harga USD1045 per aun. Dengan simpanan USD2 trilion, China dijangkan akan dapat membuat spekulasi dengan emas yang bakal dibeli, memandangkan stok emas dunia adalah terhad.

Jadi, kalau anda ingin membeli emas pada harga yang relatif murah berbanding akhir tahun ini atau awal tahun depan, sekarang adalah masanya.

-Sumber diterjemah secara bebas dari The Malaysian Reserve, 24 November 2009.
-satu troy aun adalah bersamaan dengan 31.10 gram. Emas disukat dengan troy ounce.

Klik disini untuk melanjutkan »»

Tuesday, November 17, 2009

Bank Run

. Tuesday, November 17, 2009
4 comments

Bank lari. :p

Bagaimana bank-run berlaku?

Sebagai contoh, katalah ada seorang lelaki bernama Ahmad membuka kedai menjual sekerap, dengan nama Sekerap Rakyat (SR). Menurut data dan sejarah, harga sekerap ini naik sentiasa, tidak pernah turun-turun, dan sentiasa mendapat sambutan hangat di pasaran kerana banyak kegunaannya, lebih-lebih lagi di musim hujan, kecuali zaman dulu sewaktu Michelline menarik diri dari menaja F1, harga sekerap jatuh.


sekerap @ sharinaphotography/flickr

Walaubagaimanapun, Ahmad mempunyai sumber wang yang terhad. Itupun sudah habis digunakan untuk membeli sekerap dari pembekal. Jadi, Ahmad perlukan pembeli yang ramai untuk mendapatkan aliran tunai dengan melantik ejen-ejen. Ahmad berjanji, sekerap yang terjual akan dibeli balik jika dijual oleh pelanggan pada masa akan datang, dengan spread yang agak rendah.

Setelah suatu ketika, sekerap Ahmad yang laku ini menyebabkan Ahmad memiliki jumlah tunai yang banyak. Namun tiada orang datang menjual kembali sekerap kepada Ahmad, kerana mereka ingin menunggu harga sekerap naik dulu, kemudian baru jual kepada Ahmad atau ejen-ejennya.

Disebabkan Ahmad fikir harga pasaran adalah sangat stabil dengan kenaikan yang stabil, maka dengan tunai yang ada, dia membeli sekerap dengan banyaknya dari pembekal. Hampir semua aliran tunainya digunakan. Ahmad kini ada banyak sekerap.

Tiba-tiba, harga sekerap dunia melambung naik dengan eksponen! Apakah Ahmad akan untung dengan menjual sekerap yang baru dibelinya? Begitulah gamaknya apa yang Ahmad fikir. Namun, sebaliknya yang berlaku.

Disebabkan harga sekerap yang tinggi, pelanggan yang dahulu mula datang ke kedai SR untuk menjual kembali kepada Ahmad. Kalau seorang yang datang, tidak apa juga, tapi ini beribu-ribu pelanggan datang ingin menjual kembali. Aduhai… Di mana mahu cari tunai?


getah keping @ jambatanbesi.blogspot

Ahmad mula pening kepala. Sekerap yang ada di tangan pun belum terjual, kerana harga pasaran yang tinggi, orang ramai kata ianya mahal, walhal sewaktu seminar sekerap yang dianjurkan, semua angguk-angguk setuju dengan sekerap sebagai pelaburan. Mahu jual murah, nanti dibambu pula peniaga-peniaga sekerap sedunia kerana mengganggu periuk nasi mereka.

Semakin lama semakin ramai orang datang ke SR untuk menjual sekerap. Ahmad cuma mampu bagi nasihat, supaya buat masa ini, jual sahaja kepada ejen-ejen Ahmad, supaya sekerap tetap berlegar di pasaran (tetapi dengan harga yang ditentukan oleh Ahmad).

Lama-kelamaan, ejen juga tidak dapat menampung beza spread jual-beli, kerana lebih ramai yang ingin jual dari yang beli. Ejen juga mengalami masalah aliran tunai. Maka ejen yang ramai-ramai ini pun pergilah hendak jual semula sekerap ke SR. Tapi SR tiada tunai, bagaimana mahu beli?

Maka Ahmad memikirkan sesuatu, bagaimana kalau dia ambil dulu sekerap ejen-ejennya, jual dulu kemudian baru bayar kepada ejen-ejennya?

Tetapi, ejen-ejennya tidak setuju! Mereka juga mahu aliran tunai semerta. Lebih-lebih lagi hukum kanun sekerap menyatakan, jual beli sekerap haruslah secara spot. Tidak boleh hutang.

Apakah akhiran yang terjadi kepada SR?

=====-

Tukar ‘sekerap’ kepada ‘saham dan ekuiti’. Akhirnya banyak syarikat pelaburan dan bank konvensional di barat yang terkubur kerana tidak mampu memenuhi permintaan pelanggan supaya syarikat beli saham mereka.

Bank run berlaku bila bank atau institusi kewangan lainnya kehabisan tunai [dan sudah tentunya pelanggan tidak dapat mengeluarkan duit] kerana tunai yang didepositkan sudah habis digunakan dalam pelaburan lain.

Untuk bank, mereka ada central bank sebagai pemberi pinjaman tunai dalam jumlah yang banyak.

Kalau Sekerap Rakyat, siapa mahu bantu?

p/s: Tukar 'sekerap' kepada 'emas'.

Klik disini untuk melanjutkan »»

Spekulasi emas

.
2 comments

Syarat jual beli emas dan perak sebagai komoditi sudah lama dijelaskan dalam islam, lebih kurang 1400 tahun dahulu.



(gambar dari craziestgadget.com)


Kerana memang kedua bahan ini adalah bahan yang berharga dan digunakan sebagai matawang, maka komoditinya sangat-sangat tededah kepada spekulasi.
Dalam islam, syarat jual beli emas dan perak yang belum ditempa antara lainnya adalah:


1. Spot basis / yadan biyadin / tunai / cash / bayar terus dapat / instan.

2. Tidak boleh hutang. Tidak boleh ansuran. Tidak boleh tangguh walaupun sekejap.

3. Tidak boleh barter/tukar dengan emas/perak lain walau lain kualiti melainkan dengan kuantiti (berat timbangan) yang sama. Untuk beli emas baru, emas lama perlu dijual dahulu untuk dapatkan tunai yang akan digunakan untuk beli yang emas baru.

Bila PG mengumumkan skim 4 kali bayar tanpa interest beberapa lama dulu, saya sudah menyatakan tentang hal ini di blog Pokli.

Kerana sememangnya dalam Islam, emas tidak boleh dibeli secara ansuran. Kalau anda bukan muslim, tidak mengapa. Tetapi kalau anda seorang Islam yang ambil berat tentang halal haram, isu ini perlu dipandang serius.

Dalam kes PG ini, selagi kita belum habis bayar, kita tidak akan mendapat emas tersebut. Duit yang sudah kita bayar akan digunakan oleh PG untuk membeli emas bagi pihak dirinya dari pembekal emas (mana-manalah). Dengan cara ini, PG boleh sentiasa mempunyai ready stock dan reserve emas sendiri yang boleh digunakan untuk spekulasi.

Bagaimana bila terdapat terlalu banyak pesanan, tetapi emas yang boleh dibeli oleh PG adalah terhad memandangkan sejak kejatuhan nilai USD, harga emas dunia melonjak naik dan merchants emas lain dari seluruh dunia juga berlumba-lumba untuk membeli emas, sedangkan bekalan emas dunia adalah terhad. Jadi, apa yang akan dibuat oleh PG dengan lebihan duit yang banyak itu?


Juga wujudnya individu yang menjadi orang tengah dengan kemudahan yang diberikan oleh PG ini. Modus operandinya, cari orang yang ingin membeli emas secara ansuran ramai-ramai, duit yang dikumpul digunakan untuk membeli emas secara spot, (boleh buat untung di sini) dan bila ramai yang jadi pelanggan, mulalah kalut tak menang tangan kera tiada sistem yang teratur, dan kelabu mata dengan aliran tunai yang banyak di tangan.


Sekadar pandangan. Saya masih lagi berurusniaga dengan emas PG, tetapi cuma secara tunai :)

Klik disini untuk melanjutkan »»

Monday, August 17, 2009

Berani melabur!

. Monday, August 17, 2009
1 comments

[update= dibolehkan untuk urusniaga emas dengan bank-in dahulu kerana sebab jarak, maslahah, dan 'umum balwa']




Kenapa tidak berani melabur?

1. Tiada ilmu. Maka laburlah dalam ilmu dahulu. Hadiri bengkel-bengkel pelaburan, pengurusan kewangan, perniagaan (seperti anjuran SK), baca blog-blog pelaburan dan kewangan, bertemu otai-otai dsb.

Tapi ramai pula yang takut untuk melabur dalam ilmu. Tiada masa, tiada duit, dsb. Tak dapatlah hendak ditolong lagi.

2. Perit kerana pernah ditipu, akibat tiada ilmu, maka ulang point no 1 di atas.

3. Banyak tanggungjawab lain. Cashflow bulan-bulan cukup-cukup makan sahaja. Aduuh

Klik disini untuk melanjutkan »»

Thursday, August 13, 2009

Emas murah

. Thursday, August 13, 2009
0 comments

Jikalau dilihat pada prestasi emas dari tahun-tahun lalu, harga emas pada bulan lapan (Ogos) adalah lebih murah dari harga emas bulan September.

Kenapa?

Kerana summer doldrum sedang berlaku di pasaran hemisfera utara bumi.

Kaitannya? Pekerja yang ramainya bercuti pada waktu musim panas (sehingga akhir Ogos) akan kembali bekerja pada bulan September, sekaligus menjadikan harga emas naik mendadak pada bulan tersebut.

Walau bagaimanapun, harga emas juga berkait rapat dengan kekuatan dollar Amerika.



Gambar diculik dari financialsense.

Walaubagaimanapun, saya tiada maklumat untuk prestasi pada tahun 2008.

Jadi, untuk peniaga runcit, bolehlah mula mengumpul stok :)

Klik disini untuk melanjutkan »»

Monday, August 10, 2009

Seputar isu

. Monday, August 10, 2009
0 comments

A. OD + ASB + Kad Kredit

Isu-isu dari sudut syariah:
1. ASB, walaupun difatwakan harus mengikut majlis fatwa kebangsaan kerana maslahah, tetap tidak disenaraikan sebagai 'patuh syariah' oleh Suruhanjaya Sekuriti kerana pelaburannya dalam sistem konvensional (Maybank, melibatkan riba) melebihi 30%. Tetapi, lantaran fatwa yang ada, maka marhaen bolehlah mengikut :)

2. OD, yang kebanyakannya adalah konvensional lantas sekaligus adalah riba. Walaupun ada islamic OD ditawarkan, oleh Maybank Islamic contohnya, instrumen bai 'inah yang masih dalam perdebatan ulama' dan pakar digunapakai.

3. Kad kredit konvensional? Tidak perlu diceritakanlah.

B. Pelaburan emas

Isu-isu dari sudut syariah:
1. Spot trade, iaitu bayar dan terima pada masa yang sama. Jadi, beli melalui pos (bayar dulu terima kemudian) adalah tidak sah. Walaubagaimanapun, ada ulama' yang membolehkan dengan alasan, pada waktu maslahah dan emas sebagai komoditi, maka ia dibolehkan bayar dan terima secara tangguh. [saya akan kaji lebih lanjut, insyaAllah]

2. Akaun pelaburan emas adalah tidak harus selagi emas tidak dapat dihadirkan secara fizikal. PBGIA contohnya. Kelihatannya, hanyalah seperti berniaga dengan harga emas, bukan dengan emas itu sendiri. Bahkan PBGIA tidak dimasukkan dalam pelaburan patuh syariah, cuma sebagai pelaburan konvensional sahaja.

~~~
Jangan kerana ingin bebas hutang (dan hidup mewah) di dunia, kita memilih untuk melepaskan peluang ke syurga.

*Orang yang memakan riba pada hari akhirat kelak akan diberi pilihan senjata yang akan digunakan untuk berperang dengan Allah dan RasulNya, walaupun mereka tahu tidak akan sekali-kali memang. Demikianlah ancaman kepada pemakan riba*

~~~

Sebarang perbincangan amat dialu-alukan.

Klik disini untuk melanjutkan »»
 
Namablogkamu is proudly powered by Blogger.com | Template by o-om.com | Distributed by Blogger Templates