Tuesday, November 17, 2009

Bank Run

. Tuesday, November 17, 2009

Bank lari. :p

Bagaimana bank-run berlaku?

Sebagai contoh, katalah ada seorang lelaki bernama Ahmad membuka kedai menjual sekerap, dengan nama Sekerap Rakyat (SR). Menurut data dan sejarah, harga sekerap ini naik sentiasa, tidak pernah turun-turun, dan sentiasa mendapat sambutan hangat di pasaran kerana banyak kegunaannya, lebih-lebih lagi di musim hujan, kecuali zaman dulu sewaktu Michelline menarik diri dari menaja F1, harga sekerap jatuh.


sekerap @ sharinaphotography/flickr

Walaubagaimanapun, Ahmad mempunyai sumber wang yang terhad. Itupun sudah habis digunakan untuk membeli sekerap dari pembekal. Jadi, Ahmad perlukan pembeli yang ramai untuk mendapatkan aliran tunai dengan melantik ejen-ejen. Ahmad berjanji, sekerap yang terjual akan dibeli balik jika dijual oleh pelanggan pada masa akan datang, dengan spread yang agak rendah.

Setelah suatu ketika, sekerap Ahmad yang laku ini menyebabkan Ahmad memiliki jumlah tunai yang banyak. Namun tiada orang datang menjual kembali sekerap kepada Ahmad, kerana mereka ingin menunggu harga sekerap naik dulu, kemudian baru jual kepada Ahmad atau ejen-ejennya.

Disebabkan Ahmad fikir harga pasaran adalah sangat stabil dengan kenaikan yang stabil, maka dengan tunai yang ada, dia membeli sekerap dengan banyaknya dari pembekal. Hampir semua aliran tunainya digunakan. Ahmad kini ada banyak sekerap.

Tiba-tiba, harga sekerap dunia melambung naik dengan eksponen! Apakah Ahmad akan untung dengan menjual sekerap yang baru dibelinya? Begitulah gamaknya apa yang Ahmad fikir. Namun, sebaliknya yang berlaku.

Disebabkan harga sekerap yang tinggi, pelanggan yang dahulu mula datang ke kedai SR untuk menjual kembali kepada Ahmad. Kalau seorang yang datang, tidak apa juga, tapi ini beribu-ribu pelanggan datang ingin menjual kembali. Aduhai… Di mana mahu cari tunai?


getah keping @ jambatanbesi.blogspot

Ahmad mula pening kepala. Sekerap yang ada di tangan pun belum terjual, kerana harga pasaran yang tinggi, orang ramai kata ianya mahal, walhal sewaktu seminar sekerap yang dianjurkan, semua angguk-angguk setuju dengan sekerap sebagai pelaburan. Mahu jual murah, nanti dibambu pula peniaga-peniaga sekerap sedunia kerana mengganggu periuk nasi mereka.

Semakin lama semakin ramai orang datang ke SR untuk menjual sekerap. Ahmad cuma mampu bagi nasihat, supaya buat masa ini, jual sahaja kepada ejen-ejen Ahmad, supaya sekerap tetap berlegar di pasaran (tetapi dengan harga yang ditentukan oleh Ahmad).

Lama-kelamaan, ejen juga tidak dapat menampung beza spread jual-beli, kerana lebih ramai yang ingin jual dari yang beli. Ejen juga mengalami masalah aliran tunai. Maka ejen yang ramai-ramai ini pun pergilah hendak jual semula sekerap ke SR. Tapi SR tiada tunai, bagaimana mahu beli?

Maka Ahmad memikirkan sesuatu, bagaimana kalau dia ambil dulu sekerap ejen-ejennya, jual dulu kemudian baru bayar kepada ejen-ejennya?

Tetapi, ejen-ejennya tidak setuju! Mereka juga mahu aliran tunai semerta. Lebih-lebih lagi hukum kanun sekerap menyatakan, jual beli sekerap haruslah secara spot. Tidak boleh hutang.

Apakah akhiran yang terjadi kepada SR?

=====-

Tukar ‘sekerap’ kepada ‘saham dan ekuiti’. Akhirnya banyak syarikat pelaburan dan bank konvensional di barat yang terkubur kerana tidak mampu memenuhi permintaan pelanggan supaya syarikat beli saham mereka.

Bank run berlaku bila bank atau institusi kewangan lainnya kehabisan tunai [dan sudah tentunya pelanggan tidak dapat mengeluarkan duit] kerana tunai yang didepositkan sudah habis digunakan dalam pelaburan lain.

Untuk bank, mereka ada central bank sebagai pemberi pinjaman tunai dalam jumlah yang banyak.

Kalau Sekerap Rakyat, siapa mahu bantu?

p/s: Tukar 'sekerap' kepada 'emas'.

4 comments:

pokli said...

saspen weh.....ingat ke sekerap tu mcm pelaburan emas !!!!

ashraf cifp said...

Haha. Pokli, harga emas masih kukuh di pasaran dunia. Tidak risau dengan emas, cuma risau dengan syarikat emas :p. Takut-takut mereka pun mengalami bank-run.

armootz said...

takde masalah..kalo SR mengalami bank-run, kite bole bawak sekerap kite jual kat memane syarikat yg ade....sebab sekerap ni global....no boundaries....

kat mane-mane negara pun ade kereta...ade kereta kena ade sekerap...so, go sekerap!!!

cume yg buat problem ngan sekerap ni kalo org manipulate jadik skim....lalala

Noor Ariffshah said...

Terima kasih kongsikan info.. :D

Forex trading boleh berjaya bila ada mentor mudahnya saham boleh bantu.

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

 
Namablogkamu is proudly powered by Blogger.com | Template by o-om.com | Distributed by Blogger Templates