Tuesday, November 17, 2009

Spekulasi emas

. Tuesday, November 17, 2009

Syarat jual beli emas dan perak sebagai komoditi sudah lama dijelaskan dalam islam, lebih kurang 1400 tahun dahulu.



(gambar dari craziestgadget.com)


Kerana memang kedua bahan ini adalah bahan yang berharga dan digunakan sebagai matawang, maka komoditinya sangat-sangat tededah kepada spekulasi.
Dalam islam, syarat jual beli emas dan perak yang belum ditempa antara lainnya adalah:


1. Spot basis / yadan biyadin / tunai / cash / bayar terus dapat / instan.

2. Tidak boleh hutang. Tidak boleh ansuran. Tidak boleh tangguh walaupun sekejap.

3. Tidak boleh barter/tukar dengan emas/perak lain walau lain kualiti melainkan dengan kuantiti (berat timbangan) yang sama. Untuk beli emas baru, emas lama perlu dijual dahulu untuk dapatkan tunai yang akan digunakan untuk beli yang emas baru.

Bila PG mengumumkan skim 4 kali bayar tanpa interest beberapa lama dulu, saya sudah menyatakan tentang hal ini di blog Pokli.

Kerana sememangnya dalam Islam, emas tidak boleh dibeli secara ansuran. Kalau anda bukan muslim, tidak mengapa. Tetapi kalau anda seorang Islam yang ambil berat tentang halal haram, isu ini perlu dipandang serius.

Dalam kes PG ini, selagi kita belum habis bayar, kita tidak akan mendapat emas tersebut. Duit yang sudah kita bayar akan digunakan oleh PG untuk membeli emas bagi pihak dirinya dari pembekal emas (mana-manalah). Dengan cara ini, PG boleh sentiasa mempunyai ready stock dan reserve emas sendiri yang boleh digunakan untuk spekulasi.

Bagaimana bila terdapat terlalu banyak pesanan, tetapi emas yang boleh dibeli oleh PG adalah terhad memandangkan sejak kejatuhan nilai USD, harga emas dunia melonjak naik dan merchants emas lain dari seluruh dunia juga berlumba-lumba untuk membeli emas, sedangkan bekalan emas dunia adalah terhad. Jadi, apa yang akan dibuat oleh PG dengan lebihan duit yang banyak itu?


Juga wujudnya individu yang menjadi orang tengah dengan kemudahan yang diberikan oleh PG ini. Modus operandinya, cari orang yang ingin membeli emas secara ansuran ramai-ramai, duit yang dikumpul digunakan untuk membeli emas secara spot, (boleh buat untung di sini) dan bila ramai yang jadi pelanggan, mulalah kalut tak menang tangan kera tiada sistem yang teratur, dan kelabu mata dengan aliran tunai yang banyak di tangan.


Sekadar pandangan. Saya masih lagi berurusniaga dengan emas PG, tetapi cuma secara tunai :)

2 comments:

mFirdaus said...

Hukum membeli emas secara ansuran
Sunday, 08 November 2009 18:43 Rafidi
Print
Hukum membeli emas secara ansuran.

Kitab Al Muwatta' :

Yahya meriwayatkan daripada Malik daripada Abdullah ibn Dinar daripada Abdullah ibn Umar yang Umar ibn al-Khattab menyatakan, " Jangan kamu menjual emas untuk emas kecuali sama untuk yang sama. Tidak meningkatkan sebahagiannya atas sebahagian yang lain. Jangan kamu menjual perak untuk perak kecuali sama untuk yang sama, dan tidak meningkatkan sebahagiannya atas sebahagian yang lain. Jangan kamu jual dari barang yang ada keatas barang yang tiada. Jika seseorang meminta anda menunggu untuk pembayaran sehingga dia pergi ke rumahnya, jangan kamu meninggalkannya. Saya takut rama keatas kamu." Rama ialah riba.

Yahya meriwayatkan daripada Malik yang Abu'z-Zinad mendengar Said ibn al-Musayyab berkata, "Riba hanya terdapat di dalam emas atau perak atau apa ditimbang atau diukur daripada apa yang dimakan atau minum."

Yahya meriwayatkan daripada Malik yang Yahya ibn Said mendengar Said ibn al-Musayyab berkata, "Menyembunyikan emas dan perak daripada pengedaran adalah sebahagian daripada daripada kerja fasad/kemusnahan diatas muka bumi."

Apa yang dapat kita faham dari apa yang diperkatakan oleh Saidina Umar Al khatab r.a. dan Tabiin seperti Said ibn al Mussayab bahawa :

Pertukaran EMAS dengan EMAS, dan PERAK dengan PERAK mestilah

i)Mutamathilan - mesti sama berat timbangannya. Jika tidak berlaku riba tafadhul (melibatkan penambahan berat).

ii)Mesti 'Taqabud fil hal au majlis' ( diserah dan terima dalam satu masa). Jika tidak berlaku riba an nasiah.(melibatkan penangguhan).

Masalah yang kita hadapi sekarang ialah ulamak moden telah mengqiaskan hukum wang kertas bersamaan dengan hukum emas. Oleh sebab demikian mereka mengatakan hukum membeli emas dengan wang kertas secara ansuran adalah riba an nasiah kerana melibatkan penangguhan. Sila rujuk Ust. Zaharuddin dalam website beliau.

Bagi yang memahami asal usul wang kertas , tak mungkin wang kertas diqiaskan dengan emas kerana ia akan merosakkan seluruh hukum - hakam berkaitan riba seperti yang dijelaskan oleh ulamak – ulamak terdahulu. Bahkan dengan mengqiaskan wang kertas sama dengan emas menyebabkan orang awam tidak perlu lagi pada dinar dan dirham kerana sudah ada pengganti pada emas iaitu wang kertas.

Wang kertas bukan emas , jadi harus menukarkannya dengan emas secara ansuran.

Wallahu’ alam.

Kuliah Muamalat : Dinar dan dirham dalam muaalat Islam
21 November 2009 (Sabtu ) Lepas solat Maghrib
Masjid Sg. Ular, Kulim , Kedah

Rujukan: http://www.dirham2dinar.com/index.php?option=com_content&view=category&layout=blog&id=39&Itemid=64

ashraf cifp said...

1. Wang kertas diqiaskan dengan dinar emas kerana dari sudut ekonominya wang kertas tetap medium of exchange (alat untuk bertukar barang/pemilikan) seperti dinar emas, store of value (mempunyai nilai) seperti dinar emas, a unit of account (unit matawang) seperti dinar emas dan a standard of deffered payment (boleh digunakan untuk membayar hutang) seperti dinar emas. Sila rujuk makna ‘wang’.

2. Bagi yang memahami EKONOMI dan asal-usul wang kertas, oleh kerana wang kertas adalah seperti di nombor (1) di atas, maka dengan itu hukum-hakam riba berkaitan wang diterima pakai sepertimana hukum hakam riba berkaitan emas digunapakai.

3. Kalau tidak, segala faedah dan bunga yang dikenakan di atas wang kertas dan perniagaan matawang kertas fiat bukanlah riba. Dan bank-bank konvensional sebenarnya tidak mengamalkan riba, kerana faedah dikenakan kepada kertas, bukan emas. Maka rosaklah segala hukum yang dibahaskan oleh ulama-ulama.

4. Kalau tidak seperti di atas juga, maka tidaklah wajib dibayar zakat dengan duit kertas fiat, kerana padanya tidak ada nilai.

5. Saya dengan ini berdiri teguh di atas hujah saya, bahawa pembelian emas dengan wang kertas fiat secara tertangguh adalah riba, kerana seperti juga emas, wang kertas fiat adalah unit of account, medium of exchange, store of value and a standard of deferred payment.

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

 
Namablogkamu is proudly powered by Blogger.com | Template by o-om.com | Distributed by Blogger Templates